Creativity and Innovation in Technopreneurship

Gambaran Keseluruhan:
Modul ‘Creativity’ menggambarkan bahawa kreatif itu adalah satu kebolehan seseorang itu menjadikan sesuatu produk yang biasa, berfungsi secara luar biasa atau unik. Kreativiti dapat membantu seuatu produk lama menjadi lebih baik atau mampu melengkapkan sesuatu produk yang dianggap belum sempurna untuk digunakan. Kreativiti boleh digambarkan melalui tiga komponen iaitu melalui pengetahuan, pemikiran yang kreatif mahupun motivasi. Pengetahuan yang luas, kemahiran berfikir melangkaui pemikiran normal, imiginasi yang tinggi dan minat seseorang itu mampu menghasilkan produk yang kreatif. Kadangkala, terdapat individu yang mampu berillusi untuk mendapatkan gambaran jelas akan produk yang ingin dibangunkannya. Berikut merupakan paparan beberapa produk kreatif yang telah berjaya dihasilkan:
  

  

Manakala melalui modul ‘Innovation in technopreneurship’ pula, ia menekankan bagaimana sesuatu idea kreatif itu berjaya diimplementasi. Ini bermakna, inovasi adalah proses merealisasikan sebuah idea menjadi produk yang berguna kepada pengguna sasaran. Proses tersebut merangkumi penjanaan idea, pembangunan teknologi, perkilangan, pemasaran dan proses menaiktaraf kualiti produk. Inovasi digambarkan boleh berlaku dalam pelbagai jenis seperti inovasi melalui produk, perkhidmatan, pemasaran, kewangan dan organisasi. Misalnya, keupayaan sesebuah syarikat mengeluarkan sesuatu produk dan menaiktaraf produk tersebut kepada produk yang lebih baik dikategorikan sebagai inovasi produk. Manakala kebolehan sesuatu syarikat menaikkan profitnya melalui promosi yang dilakukan dari semasa ke semasa dikategorikan sebagai inovasi pemasaran yang baik. Berikut merupakan contoh gambaran yang dinamakan inovasi:
  

Refleks:
Jika dikaji, pengeluaran produk dan perkhidmatan di pasaran hari ini biasanya mengikut trend dan kehendak pengguna. Ini menjadikan produk yang dihasilkan pleh beberapa pengeluar adalah sama cuma berbeza jenama. Walaubaigamanapun, usaha untuk menjadikan produk yang sama kegunaanya itu kepada yang lebih kreatif dan inovatif, menjadikan ia lebih unik dan akan lebih diterima pengguna. Di sinilah kepentingan kreatif dan inovaif yang ditekankan di dalam modul pengajaran ini. Ia perlu untuk usahawan berdaya saing dan memacu syarikat menjadi lebih kukuh.