Business Plan



Business Plan


Gambaran Keseluruhan/Refleks:



Para pelajar didedahkan dengan kisah sebenar usahawan di Malaysia dan luar negara. Melalui kisah-kisah tersebut, para pelajar mendapat panduan kepentingan sesuatu perancangan perniagaan dilakukan. Ini bagi memastikan perniagaan yang ingin dijalankan mempunyai panduan  dan perangkaan terterntu dalam usaha menghasilkan produk berkualiti dan menguntungkan. Perancangan perniagaan juga amat penting dalam memastikan sesebuah perniagaan berkembang dan bertahan di pasaran.


 


Selain itu, pensyarah menekankan bahawa perancangan perniagaan yang baik adalah perancangan yang dibuat dan dikaji dengan teliti dari segenap aspek contohnya dari aspek kualiti produk, kewangan dan pemasaran. Melalui modul ini, para pelajar dikehendaki mencari contoh-contoh perancangan perniagaan yang bagus di internet sebagai panduan pengajaran.