Strategi "Blue Ocean"

Aktiviti:


Aktiviti berkumpulan ini menggunakan konsep Blue-Ocean di dalam bentuk pembangunan produk. Produk yang dibangunkan mestilah menggunakan barang yang dipilih oleh pensyarah dan 2 barang tambahan yang boleh digunakan. Pensyarah telah memilih Cawan untuk kumpulan kami. Produk yang perlu dibangunkan mestilah lain dari yang lain dan belom berada di pasaran. Kemudian, setiap kumpulan perlu mempersembahkan produk tersebut dengan membuat lakonan untuk memperkenalkan produk tersebut.


Kumpulan kami telah mencipta Vacuum yang dipanggil 'Tiger Vacuum'. 'Tiger Vacuum' dihasilkan daripada bahan terbuang seperti cawan, botol air, bekas minyak rambut, kertas warna, tali rafia, gam dan pelekat. Kegunaan 'Tiger Vacuum' ini ialah ianya boleh membersihkan rumah anda secara automatik. 'Tiger Vacuum' ini mempunyai memori dimana ia akan menyimpan memori untuk saiz keadaan bilik. Ianya juga mempunyai lengan yang boleh mengambil/mengutip sampah yang tidak boleh disedut.



Bahan:


Cawan, botol air, bekas minyak rambut, kertas warna, tali rafia, gam dan pelekat.



Mesej:


Aktiviti ini menekankan aspek kreativiti di mana sesuatu produk yang kreatif dan unik serta belum mempunyai pasaran lazimnya berpeluang untuk berjaya. Keunikan sesuatu produk merupakan aspek penting dalam kejayaan produk tersebut.


Gambar/Video: