Kapal Terbang Kertas

Aktiviti:

Merekabentuk kapal terbang kertas mengikut kretiviti tersendiri dan boleh terbang paling jauh.



Bahan:


5 keping kertas bersaiz A4 & 2 keping kertas tambahan.



Mesej:


Ini merupakan aktiviti berkumpulan yang pertama setelah kumpulan kami dibentuk. Aktiviti ini telah menonjolkan kebolehan dan kreativiti setiap ahli kumpulan sekaligus memupuk semangat berkumpulan di kalangan ahli kumpulan. Aktiviti merekabentuk kapal terbang kertas ini juga membuktikan bahawa produk yang baik dan berkualiti mampu membawa pasarannya pergi jauh dan berkembang. Kadangkala, kita tidak memerlukan produk atau perkhidmatan yang terlalu kompleks untuk dijual. Produk atau perkhidmatan yang ringkas tetapi bermanfaat juga boleh menjadi produk yang mendapat sambutan baik di pasaran.

Dalam kes ini, kejayaan kapal terbang kertas untuk terbang jaAuh didorong oleh keunikan rekabentuk kapal terbang tersebut. Dan kumpulan kami mendapat tempat kedua didalam aktiviti ini.



Gambar: