Idea Generation And Evaluation

Idea Generation and Evaluation 
Gambaran Keseluruhan:

Modul ini merupakan modul ulangkaji bagi modul sebelum ini. Melalui modul ini, Pensyarah banyak menceritakan pengalaman sebenar usahawan-usahawan berjaya yang memulakan perniagaan mereka bermula dengan pencarian idea yang baik. Misalnya, pengalaman Dato’ Toni Fernandez yang dahulunya terlibat di dalam bidang penerbitan muzik. Kerana idea dan usaha gigihnya membawa idea penerbangan tambang murah di Malaysia, syarikatnya Air Asia kini menjadi syarikat penerbangan yang sangat berjaya. Penerbangan tambang murah ini adalah yang pertama dilakukan di Malaysia dan ini membuktikan Dato’ Tony Frenandez adalah seorang usahawan yang berjaya menjana idea yang baik dan bijak merangkul peluang yang ada. Melalui modul ini juga, Pensyarah menekankan bahawa penjanaan idea bukan sahaja tertumpu kepada produk atau perkhidmatan baru tetapi juga boleh ke atas produk sedia ada di mana, penjanaan idea tersebut adalah bertujuan untuk membentuk keunikan produk tersebut sekaligus menaiktaraf bagi menjadikan ia produk yang lebih berdaya saing. Sehubungan dengan itu, satu aktiviti yang dinamakan EUREKA telah dijalankan di mana, setiap kumpulan dikehendaki mengubahsuai produk siap kepada sesuatu yang lebih menarik dan boleh digunapakai.
Refleks:
Modul ini membuktikan bahawa proses paling penting di dalam keusahawanan adalah penjanaan idea yang baik. Tanpa idea yang baik dan kreatif, sesuatu produk yang baik jugak akan gagal dilaksanakan dan perniagaan juga akan sukar dibentuk. Melalui cerita dan pengalaman usahawan berjaya, pensyarah seolah-olah ingin menaikkan semangat para pelajar untuk mempunyai keinginan menjadi usahawan. Hasilnya terbukti apabila  hampir keseluruhan kelas memperolehi keyakinan untuk mencuba panduan-panduan yang diberikan. Manakala melalui aktiviti EUREKA, pelbagai idea kreatif dijana ke atas produk sedia ada yang diberikan. Ini bermakna, modul ini sekaligus telah berjaya menghasilkan pemkiran kreatif di kalangan pelajar.